27.5.14

Anak diserah kepada ibu beragama Hindu

PUTRAJAYA 27 Mei - Seorang mualaf perlu menyerahkan kembali anak
lelakinya yang berusia enam tahun hasil perkahwinan dengan seorang wanita beragama Hindu yang sebelum ini memperoleh hak penjagaan dua anak mereka daripada Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan, bulan lalu.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah

Rayuan hari ini diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, 31.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan turut

memerintahkan mualaf itu membayar kos RM8,000.

Izwan memohon agar perintah Mahkamah Tinggi yang memberikan hak

penjagaan kedua-duanya kepada ibu mereka, S. Deepa, 30, digantung sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu selesai.

Pada 7 April lalu, Hakim Datuk Zabariah Mohd. Yusof menyerahkan hak penjagaan kepada Deepa selepas membenarkan permohonan wanita tersebut yang memfailkan penceraian daripada mualaf itu. 

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...