Iklan Nuff

16.5.14

Dakwa dipujuk PAS sekadar nak tunjuk ada harga


HARAKAHDAILY | 16 Mei 2014.

KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau dipujuk menyertai parti itu dan dijanjikan jawatan menteri besar hanya sekadar mahu menunjukkan beliau 'ada harga' walaupun keluar Umno.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat ketika menafikan perkara itu berkata bekas menteri besar itu sebenarnya hanyalah berbohong.

"(Dakwaan dipujuk) ini nak tunjuk dia ada harga sahaja," katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri semalam.

Prinsip PAS katanya, bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS.

“Dalam isu ini, kita berpendapat Ahmad ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada.

"Kita memang sudah jangka dia akan buat u-turn, ” katanya.

Ahmad sebelum ini mendakwa didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti itu selepas beliau mengumumkan keluar Umno.

Malah beliau juga mendakwa diberi janji akan dikekalkan sebagai menteri besar.

"Kita PAS tidak ada apa nak tawar kepada dia. Kita tak ada duit RM14 juta nak tawar kepada dia. Kita tidak ada fail untuk angkat ke SPRM ke apa. Kita tak ada samseng nak pukul ugut dia.

"Beza di Perak dahulu, dia beli (wakil rakyat)," katanya. 

- HARAKAHDAILY 16/5/2014

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...