25.5.14

DAP kekal kerusi Parlimen Bukit Gelugor


2014/05/25 - 21:11:57 PM

DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit GelugorGEORGETOWN: DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas calonnya, Ramkarpal Singh memenangi pilihan raya kecil itu hari ini.

Bagaimanapun, majoriti undi merosot kepada 37,659 undi berbanding 42,706 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Karpal Singh, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ramkarpal meraih 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.


Selain Huan, dua calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad turut hilang wang deposit selepas masing-masing hanya meraih 799 undi dan 225 undi.

Hanya 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,283 pemilih berdaftar keluar mengundi.

sumber : BH Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...