Iklan Nuff

25.5.14

Najib sertai jutaan rakyat Malaysia bersorak untuk pasukan badminton negara


Najib dan keluarga bersorak

Bernama |Kemas kini:Mei 25, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 25, 2014 19:34 MYT)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jutaan rakyat Malaysia bersorak untuk barisan pemain negara yang bertarung dengan Jepun padaperlawanan akhir Piala Thomasdi New Delhi, India.

Perlawanan itu menyaksikan jaguh badminton negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 untuk mengutip mata pertama Malaysia.

"Tahniah Chong Wei! Semoga pasukan negara bawa pulang #PialaThomas2014. Seluruh negara bersorak untuk anda!" katanya dalam catatannya di laman Facebook dan Twitter.

Najib turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka, Nor Ashman mengikuti perlawanan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi melalui siaran langsung televisyen di kediaman mereka.

Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas ialah pada 1992.

sumber : Astro Awani

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...