26.5.14

Malaysia gagal merangkul gelaran Piala Thomas


Malaysia tidak berjaya membawa pulang trofi kemenangan

Syafique Shuib,Astro Awani |Kemas kini:Mei 25, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 25, 2014 23:31 MYT)

KUALA LUMPUR: Jepun mencipta sejarah dengan merangkulgelaran Piala Thomaspertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.

Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama. Namun, Jepun memberi persaingan yang sengit dimana beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalamstraight set15-21, 17-21.

Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12

Pada peringkat separuh akhir, MalaysiamenewaskanIndonesia 3-0. Jepun pulamenewaskan Chinayang pernah menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

sumber : Astro Awani

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...