18.5.14

Gaji baharu Messi mengatasi Ronaldo

Kelebihan dimiliki Messi (tengah) dalam permainan menambat hati pengurusan Barca untuk menawarkan gaji baharu.

18 Mei 2014

LIONEL Messi dikatakan telah bersetuju dengan pembaharuan kontrak selepas Barcelona menjadikan dia sebagai pemain yang menerima gaji termahal di dunia.

Menurut sumber, pemain berusia 26 tahun itu akan mengambil alih tempat penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai penerima gaji termahal dengan pembayaran melebihi 88 juta setahun.

“Pihak pengurusan telah bersetuju dengan kontrak baharu kepada Messi kerana dia seorang pemain bola sepak profesional,” katanya.

Messi dikatakan akan menandatangani kontrak baharu itu dalam masa beberapa hari lagi.

Berita tentang kenaikan gaji ini sudah semestinya akan memberi perangsang kepada Messi untuk kekal setia bersama The Catalan.

sumber : Sinar Harian

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...