12.6.14

Jawatankuasa hudud dipilih


Oleh Ismail Muhamad | bhkb@bh.com.my

Kota Bharu: Kerajaan negeri akan memilih beberapa individu mengikut kriteria ditetapkan Kerajaan Pusat bagi menganggotai Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Kebangsaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri sudah menerima surat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), semalam.

“Ia dalam perhatian kita dan nama mereka yang akan dipilih menganggotai jawatankuasa itu, akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri di Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Ahmad berkata, jumlah ahli jawatankuasa dari negeri ini akan diputuskan selepas penelitian dilakukan bagi memenuhi keperluan Kerajaan Pusat.

Katanya, surat yang dihantar JAKIM itu memaklumkan supaya kerajaan negeri memilih nama ahli jawatankuasa berkenaan.

“Surat yang kita terima itu cuma nak nama ahli Jawatankuasa dari negeri ini dan itu terpulang kepada kita, berapa yang perlu menganggotai jawatankuasa berkenaan,” katanya.

Sudah bincang peringkat Pusat
Akhbar semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbincangan sudah dilakukan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berhubung jawatankuasa khas bersama itu.

Jamil Khir berkata, jawatankuasa itu akan menjadi pemandu sebelum kertas cadangan itu di bawa ke Parlimen, malah siapa yang akan mempengerusikannya nanti akan diserahkan kepada jawatankuasa terbabit, tetapi yang pasti tidak akan membabitkan orang politik.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...