4.6.14

Kereta tenggelam banjir kilat di UIA


ANTARA kenderaan yang ditenggelami air di UIAM Gombak. FOTO Iskandar Shah Mohamed

Gombak: Hujan lebat mengakibatkan sebahagian besar jalan di perkarangan kawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, dilanda banjir kilat dan menenggelamkan beberapa kenderaan, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Difahamkan, kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut sekitar jam 3.15 petang tadi.

"Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.

"Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya kepada Harian Metro, sebentar tadi.

Menurutnya, hujan lebat berterusan sememangnya menyebabkan air memasuki kawasan UIAM itu namun kejadian itu paling teruk berlaku sepanjang tempoh tahun ini.

sumber : myMetro Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...