2.6.14

Aset tidak ternilai Shahrukh Khan sejak 14 tahun lalu


Gambar fail Shahrukh dan Suhana (kiri)

Astro Gempak |Kemas kini:Jun 02, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 02, 2014 16:55 MYT)

KUALA LUMPUR: Sepanjang bergelar seorang aktor terhebat di layar Bollywood, Shahrukh Khan dilihat antara individu yang sering menerima bayaran tertinggi dikalangan aktor dan aktres ternama di India.

Ramai pihak merasakan pelakon berusia 48 tahun ini mempunyai aset yang banyak dan mempunyai gaya hidup yang mewah.

Rata-rata teman rapat yang mengenali Shahrukh Khan juga sering memuji aktor ini yang sangat setia terhadap isterinya, Gauri Khan dan mereka menganggap wanita tersebut merupakan individu paling istimewa dalam hidupnya.

Namun tanggapan tersebut salah kerana Shahrukh Khan baru-baru ini meluahkan perasaan kepada umum bahawa aset tidak ternilai yang pernah dimiliki dalam kehidupannya ialah anak perempuannya, Suhana Khan.

Menurut Shahrukh Khan, Suhana merupakan wanita istimewa dan merasakan hidupnya lebih bersinar selepas kehadirannya sejak 14 tahun lalu.

"Suhana seorang perempuan yang cukup istimewa buat diri saya. Kehidupan saya sejak 14 tahun cukup lengkap dan berharga dengan kehadirannya. Terima kasih Allah SWT kerana mengurniakan seorang anak perempuan yang baik dan cukup cantik senyumannya,” ujar Shahrukh Khan.

Shahrukh Khan sememangnya dikenali sebagai seorang ayah yang sangat mencintai anak-anaknya. Sejak anak sulungnya berpindah ke London untuk melanjutkan pelajaran di sana, Suhana lah yang sentiasa menemani Shahrukh Khan melakukan pelbagai aktiviti harian.

Suhana kini sudah beranjak remaja, dan Shahrukh Khan dikatakan tidak bersedia untuk menghantar Suhana ke melanjutkan pelajaran ke luar negara.

sumber : Astro Awani

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...