2.6.14

Maxis lancar pelan pasca bayar baharu

Maxis

2 Jun 2014

MAXIS Bhd melancarkan pelan pasca bayar baharu yang menawarkan masa berbual tanpa had dan khidmat pesanan ringkas (SMS)digabungkan bersama dengan data.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata oleh kerana trend panggilan konvensional dan SMS telah menurun, Maxis akan menumpukan kepada pelan berpusatkan data yang menawarkan pengalaman sentiasa memiliki internet.

Pelanggan boleh memilih pelan yang digabungkan bersama peranti yang disubsidikan ataupun tidak.

Ia juga menawarkan pelan data perayauan dengan kadar rata RM38 sehari di lebih 106 negara.

Bagi maklumat lanjut, boleh layari http://www.maxis.com.my. - Bernama

sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...