2.6.14

Celcom pilih khidmat Nokia tingkatkan rangkaian



2 Jun 2014

CELCOM Axiata Bhd memilih perkhidmatan pengoptimuman Nokia untuk meningkatkan kualiti rangkaian, suara dan data di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly berkata perkongsian itu akan meningkatkan prestasi rangkaian Celcom secara keseluruhan dengan menangani isu-isu yang menjejaskan kualiti perkhidmatan.

"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program pengoptimuman rangkaian dalam menyediakan rangkaian mudah alih berkualiti tinggi kepada pelanggan kami di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Celcom akan melabur kira-kira RM1 bilion tahun ini untuk mempertingkat kualiti rangkaian dan kapasiti perkhidmatan data yang lebih baik dengan sasaran untuk melengkapkan 2,014 tapak generasi keempat evolusi jangka panjang (4G LTE) aktif di seluruh negara menjelang akhir tahun.

Ketua Nokia di Selatan Asia, Rangkaian, John Lancaster-Lennox berkata perjanjian itu merupakan satu lagi kejayaan penting dalam perkongsian jangka panjang dua firma itu.

"Dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalam penggunaan rangkaian global, kami akan melaksanakan penyelesaian yang akan menerajui pasaran untuk memastikan Celcom mempunyai kualiti rangkaian tertinggi di Malaysia dan mengekalkan kedudukannya sebagai operator pilihan di negara ini," katanya. - Bernama

sumber : Sinar Harian

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...