Iklan Nuff

11.6.14

Orang Islam wajib sokong hudud - Gerakan


LIANG: Gerakan tetap menolak hudud biarpun berpendapat umat Islam perlu menyokong perlaksanaan undang-undang tersebut

KUALA LUMPUR: Usaha PAS dan UMNO melaksanakan hukum hudud perlu disokong oleh rakyat beragama Islam, kata Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

The Malaysian Insiderhari ini melaporkan, Liang bagaimanapun menegaskan partinya tetap dengan pendirian tidak menyokong undang-undang yang bertentangan dengan Perlem‎bagaan Persekutuan.

Beliau juga menggesa PAS dan UMNO untuk menyelesaikan isu teknikal hudud yang mencetuskan krisis Perlembagaan sebelum meneruskan hasrat mereka.

"Kami bukan anti Islam tetapi harus dikaji secara teknikal sama ada dua Rang Undang-Undang (RUU) jenayah‎ dibenarkan di bawah satu perlembagaan," Liang dipetik sebagai berkata oleh Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu membuat kenyataan di lobi parlimen sebagai mengulas kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendesak MCA dan Gerakan supaya memastikan UMNO menolak hudud terlebih dahulu sebelum menyertai Kabinet.

Lim berkata, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kiong tidak sepatutnya menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai Kabinet selagi UMNO tidak memberi jaminan menghentikan usahanya meneruskan pelaksanaan hudud di peringkat negeri dan Persekutuan.

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...