11.6.14

JMM fail saman ke atas Cadbury Khamis ini

Azwanddin (kiri) menyampaikan sijil watikah perlantikan pengarah JMM Perak yang baru ditubuhkan sebulan lalu pada majlis ramah mesra bersama ahli JMM Perak di Malim Nawar.

RAZIF ROSLI

MALIM NAWAR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 50 peguam akan memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi Khamis depan.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

Menurutnya, JMM masih berpegang kepada hasil kajian pertama Kementerian Kesihatan yang mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi.

“Pendirian kita mudah sahaja, Kementerian Kesihatan mereka mempunyai makmal khusus untuk menjalankan kajian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak.

“Malah Jakim sebelum ini mengakui kemungkinan ada pencemaran DNA babi seperti yang dinyatakan Kementerian Kesihatan sebelum ini dan perkara ini yang diragukan oleh JMM termasuk pengguna di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Pada 24 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan ken­yataan bahawa mereka mengesan porcine atau DNA babi dalam produk coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...