Iklan Nuff

10.6.14

Bihun kembang tekak



Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Meloyakan serta menjijikkan. Itu gambaran terhadap sebuah kilang memproses bihun di Jalan Ipoh, Batu Caves apabila dikesan menjalankan aktiviti pemprosesan bahan itu di dalam premis yang amat kotor.

Malah tindakan pengusaha kilang produk itu juga langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam apabila menggunakan logo halal tidak sah selain memaparkan lambang masjid bagi meyakinkan pembeli.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu tersebar meluas di laman sosial Facebook sejak semalam yang mendedahkan cara proses serta pembungkusan bihun itu yang dilakukan secara manual tanpa menitik beratkan aspek kebersihan.

Daripada beberapa gambar yang didedahkan melalui laman sosial itu turut memaparkan gelagat beberapa pekerja warga asing sedang membungkus bihun berkenaan tanpa memakai sarung tangan serta pakaian sesuai.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat reaksi apabila daripada Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menerima laporan berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurut Pengarah Hab Halal JAKIM Hakimah Mohd Yusoff, pihaknya menegaskan syarikat terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta tidak pernah memiliki sijil sah halal daripada JAKIM.

"Bagaimanapun, syarikat ini bertindak menggunapakai logo halal sendiri pada pembungkusan produk keluarannya.

Ini bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima.

Orang ramai yang mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan logo halal Malaysia diminta merujuk kepada agensi itu bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

1 comment:

Yuyu Zaza said...

singgah blogwalking kat sini. . . .

UqashaSenrose Mula Berhijab, Tutup Aurat Atau? (8 Gambar )
http://syokbah.com/uqasha-senrose-mula-berhijab/

Awie Nafi Pukul Isteri Di Sebuah Bank Baru- Baru Ini
http://syokbah.com/awie-nafi-pukul-isteri-di-bank/

Video: Seks Dalam Kereta Terbantut Kerana Kemalangan
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/video-seks-dalam-kereta-terbantut.html

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...