Iklan Nuff

9.6.14

KEK BATIK BADAM BERKRIM


Oleh Norimy Aimi
(* Resipi oleh Sherson Lian)

Bahan-bahan:

150 gm coklat masakan gelap – dicincang kasar

428 gm biskut krim kraker – dipatah empat

250 gm mentega

½ cawan gula perang

¾ cawan susu pekat

1 cawan susu cair

2 biji telur – dipukul

1 sudu besar esen vanila

½ cawan serbuk badam

Kepingan badam – disangai

125 ml krim putar

1 paket Nescafe 3 dalam 1



Cara menyediakan:

1.Cairkan mentega dan gula dalam periuk.

2.Kemudian masukkan coklat. Kacau hingga cair.

3.Dalam periuk lain, panaskan susu cair menjadi sedikit suam.

4.Ketepikan buat seketika.

5.Tambahkan telur sedikit demi sedikit sambil terus pukul supaya tidak berketul-ketul.

6.Setelah sebati, campurkannya ke dalam adunan coklat tadi.

7.Tambahkan susu pekat dan esen vanila. Masak hingga sebati dan likat.

8.Masukkan serbuk badam dan biskut yang telah dipatah-patahkan.

9.Salut rata biskut dengan coklat dan bolehlah padamkan api.

10. Seterusnya, masuk dan padatkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

11. Taburkan kepingan badam hingga menutupi permukaan biskut.

12. Sejuk dan keraskan ia dalam peti sejuk.

13. Untuk krim, pukul krim putar bersama Nescafe 3 dalam 1 hingga kembang.

14. Hidangkan krim ini bersama kek batik.

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...