2.6.14

PRK Teluk Intan ; Analisis Ringkas Kajian Secara Pemerhatian

Oleh : Muhammad Raimi B Abdul Rauf

PRK TELUK INTAN sangat memberikan kesan kepada saya oleh sebab saya juga sedang membuat kajian dalam mendapatkan master dalam bidang komunikasi media dan kecenderungan politik. Keputusannya DAP kalah kepada BN dengan majoriti kecil 238 dgn peratus keluar pengundi sekadar 66.4% sahaja.

1. Calon muda Dyana Sofya dan calon berpengalaman Mah Siew Keong bertemu satu lawan satu dalam merebut kerusi Teluk Intan yang dimenangi DAP selama 2 penggal. Jika dilihat daripada sudut perwatakan dan ketrampilan, calon BN lebih memenuhi karakter seorang ahli Parlimen jauh meninggalkan calon DAP yang berumur hanya 27 tahun dan masih muda dalam arena politik meskipun beliau adalah SETPOL kepada MP Gelang Patah, Lim Kit Siang. Di samping latar belakang yang kukuh dan penuh pengalaman, calon BN juga merupakan calon anak tempatan yang sudah berkhidmat sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut.

2. Formula DAP nampaknya tidak berhasil dalam mengenengahkan calon melayu di kawasan campuran kaum yang begitu ketara dan hasilnya terbukti apabila peratus pengundian setiap kaum kepada calon DAP menurun sebanyak 10%. Meskipun calon DAP seorang gadis yang memiliki penampilan yang cantik dan rupawan namun ia masih belum mampu memikat hati pengundi di Teluk Intan.

3. Menariknya dalam PRK Teluk Intan, beberapa isu yang berkaitan dengan perkauman menghiasi dada akhbar dalam seminggu dua ini. Terawal kenyataan daripada ADUN DAP di Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman nyata memberikan kesan yang besar kepada penampilan DAP dalam proses pilihan raya. Juga tindak balas dan respon daripada penyokong UMNO di beberapa kawasan menjadikan isu tersebut semakin mendapat liputan nasional dalam masa yang begitu singkat.

4. Tidak dinafikan juga berlaku ketegangan antara kedua-dua penyokong parti, BN yang banyak mencetuskan provokasi kepada calon DAP di beberapa kawasan yang didatangi oleh Dyana Sofya juga memberikan kesan kepada ketrampilan kempen pilihan raya BN, manakala DAP yang kekal dengan sikap bertenang dalam menghadapi provokasi wajar dipuji dan harus dijadikan model contih yang baik.

5. Strategi Dyana untuk meraih kepercayaan dan undi daripada kaum cina dengan mengeluarkan kenyataan untuk tidak menyokong usul hukum hudud di Parlimen sekiranya menang, nyata memberikan kesan yang mendalam kepada orang Melayu oleh sebab ia telah memecahkan undi penyokong PAS dan Umno yang terasnya adalah kaum melayu. Orang melayu menjadi keliru dgn kewibawaan calon melayu DAP serta menyebabkan penyokong PAS membuat undi protes untuk tidak keluar mengundi barangkali. Hal ini sangat2 memberikan kesan yang besar kepada PAS dan PAS mendapat tempiasnya juga. Kelebihan itu digunakan sebaiknya oleh BN untuk mempengaruhi undi cina dan melayu.

6. Peratus keluar mengundi yang rendah dan pengundi atas pagar serta pengundi luar juga tidak balik mengundi menyebabkan kelebihan majoriti 7+++ tidak dapat membantu DAP mengekalkan kerusi Teluk Intan.

Tuntasnya, menang atau kalau sudah terjawab. Semoga rakyat Teluk Intan mendapat manfaat daripada kemenangan semalam. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua calon yang bertanding.

***Muhammad Raimi B Abdul Rauf adalah mahasiswa Master Komunikasi, Pusat Pendisikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu

sumber : Buletin Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...