6.6.14

Tabung Haji Pengurus Dana Syariah Terulung Dunia



KUALA LUMPUR 5 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Tabung Haji adalah sebuah institusi yang boleh dibanggakan kerana berjaya menjadi satu pengurus dana faltu syariah terulung di dunia.

Najib berkata, dengan pembabitan Tabung Haji dalam pelbagai sektor secara tidak langsung juga menjana pendapatan ekonomi negara yang amat memberangsangkan seperti mana kadar bonus dan pembayaran zakat diumumkan pada setiap tahun.

"Kita boleh berasa amat bangga kerana sedikit demi sedikit Tabung Haji telah mengorak langkah sebagai satu insitutsi yang boleh dibanggakan. Kini kedudukan umat Islam negara kita semakin kukuh dengan terbuktinya berjaya menjadi satu pengurus dana faltu syariah terulung di dunia.

"Kini Tabung Haji terlibat dalam sektor lain seperti pembangunan hartanah, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, dan perkidmatan pelancongan serta industri makanan halal. Ianya amat menakjubkan dengan kejayaan ini, kita lihat bukan mudah kerana perniagaan dan pelaburan berlandaskan faltu syariah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada pada Majlis Pelancaran Tabung Haji Debit -i Mastercard, Buku Coffee Table dan Pusat Kewangan Islam Setempat (IFiC), hari ini.

Turut hadir pada majlis ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jenaral Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Tambah beliau, Tabung Haji sudah menjadi buah mulut pemimpin negara-negara Islam dengan kejayaan mengendalikan jemaah haji pada setiap tahun dan konsep yang diterapkan oleh Tabung Haji boleh menjadi contoh buat negara-negara lain.

"Kejayaan Tabung Haji mengendalikan operasi haji setiap tahun menjadi buah mulut negara-negara Islam dimana saya menemui pemimpinnya terutama Arab Saudi cukup kagum dengan peranan yang dimainkan oleh Tabung Haji.

"Saya percaya dan yakin bahawa konsep Tabung Haji ini, jikalau boleh hendaklah dicontohi oleh negara lain yang belum mempunyai organisasi seperti Tabung Haji," katanya.

Ujarnya, 1.5 juta umat Islam Malaysia telah mendaftar untuk menunaikan haji dan kerajaan akan meneruskan tanggungan haji buat jemaah haji yang mencapai 22 ribu jemaah haji.

"Ianya menggambarkan bahawa tahap ekonomi umat Islam kita semakin baik dan terdapatnya semangat serta kesedaran dalam menunaikan ibadat haji amat tinggi.

"Kerajaan menerusi Tabung Haji akan meneruskan tanggungan kos haji berjumlah lebih daripada RM130 juta bagi 22ribu jemaah haji kerana bayarannya tidak dinaikkan dan kekal kepada RM 9,980 dimana kos asal berjumlah RM 16ribu bagi setiap jemaah haji," katanya lagi

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...