8.6.14

YAB Ahmad Razif Perlu Mengepalai Tuntutan 20% Royalti


TERENGGANU negeri pengeluar petroleum terbesar dari empat negeri pengeluar termasuk Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Keempat-empat negeri ini adalah empat negeri dengan kadar kemiskinan paling tinggi.

Susulan persetujuan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Dato’ Nozula Mat Diah menyokong usul menuntut royalti 20% seperti diluluskan pada Persidangan DUN Sarawak, dan sentimen yg sama di Sabah, GANTI berpandangan amat mengejutkan jika Terengganu sebagai negeri pengeluar terbesar petroleum tidak mengambil langkah proaktif bagi menggerakkan tuntutan ini.

Menteri Besar, YAB Dato Hj Ahmad Razif bin Abdul Rahman mesti meletakkan kepentingan rakyat dan negeri dengan mengepalai Cadangan Penubuhan Kesatuan Negeri-negeri Pengeluar Petroleum Malaysia.

Kumpulan itu boleh menggariskan secara kolektif konsensus antara negeri-negeri pengeluar dalam senarai tuntutan termasuk tuntutan royalti sebanyak 20%.

Selain tuntutan 20% royalti, hendaklah dikemukakan dasar dan cadangan prasarana industri petroleum dipusatkan di negeri pengeluar.

Pusat pentadbiran industri Petroleum tidak harus berada di Kuala Lumpur. Ia perlu berada di Kuala Terengganu dan cara itu sahaja boleh memberi ‘shockwave’ bagi gerakan ekonomi dan pembangunan besar-besaran.

Dato’ Razif perlu ketepikan kepentingan politik kuasa yang cuma memanfaatkan sekumpulan kecil dan mengkesampingkan kelompok rakyat terbesar.

Letakkan kepentingan negeri dan rakyat di hadapan!

GANTI percaya selaku bekas guru yang berdedikasi, Dato’ Ahmad Razif memperbetulkan keadaan zalim dan ketidakadilan ini, dan dengan usaha kolektif akan beri cukup tekanan politik kepada kepimpinan tertinggi parti dan negara.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI)

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...