18.8.14

Dekati pelajar autisme


GURU pelatih IPGKIK mempersembahkan tarian berunsur kanak-kanak untuk menarik perhatian pelajar.

Seramai 40 guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur mengunjungi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), cawangan Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program itu bersempena Seminar Autisme 2014.

Guru pelatih, Ayu Marlina Zainuddin berkata, dia teruja menghabiskan masa bersama kanak-kanak itu dan memberi pengalaman baru.

Beliau menyebut tentang ternyata persepsinya salah selama ini kerana potensi mereka sangat mengagumkan.

Mereka berpotensi menjadi seperti pelajar normal jika diasuh secukupnya.

Perkara ini satu pengalaman menarik bagi membantu kami menjalankan tanggungjawab dengan lebih dedikasi.

Beberapa aktiviti menarik diadakan antaranya bola tampar duduk, boling pundi kacang dan belon terapung.

Bagi Muhammad Ikhwan Shamir Ahmad Fauzi, sebagai guru mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemahiran bagi menangani masalah pembelajaran sewaktu melaksanakan tugas.

Lawatan ini banyak memberi manfaat dan pendedahan baru mengenai pelajar austisme.

Walaupun mereka mempunyai masalah pembelajaran, hakikatnya mereka sangat bijak jelasnya kepada myMetro Online di sini baru-baru ini.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...