19.8.14

Tidak benar Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja


Gambar dari Astro Awani Online

Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

Sumber itu menyatakan juga bahawa beliau menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Dia berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

Beliau menekankan bahawa kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar.

Sementara itu, Neelofa sewaktu dihubungi Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...