19.8.14

Penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam diumum pada Bajet 2015

Gambar hiasan dari Google

Kerajaan sedang melakukan semakan penambahbaikan 171 skim perkhidmatan kakitangan awam dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, ia melibatkan kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.

Katanya, setakat ini, kerajaan selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim.

Ujarnya lagi, harapan kita agar skim ini bukan sahaja diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, malah tidak akan berlaku seperti sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang lalu, walaupun diluluskan kerajaan namun dibatalkan selepas banyak pihak tidak setuju.

Oleh itu, semakan semula kali ini diharap memberi kepuasan kepada semua pihak dan semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di peringkat akhir dilihat menunjukkan tanda positif sebagaimana yang dijelaskannya kepada UTUSAN Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Isu Semasa Pembantu Tadbir Bersama Presiden CUEPACS di Auditorium Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Terdahulu, Azih mengadakan lawatan ke Wad 24, Klinik Methadon dan Klinik Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri, HRPB serta Klinik Kesihatan Greentown dekat sini.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...