19.8.14

Perodua Axia kenderaan mampu milik dan cekap tenaga (EEV)

Gambar hiasan dari Google

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengunjurkan untuk menjual kira-kira 30,000 buah kenderaan mampu milik dan cekap tenaga (EEV) paling murah dalam pasaran, Perodua Axia sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Axia merupakan kereta yang memberi penanda aras baharu di dalam kualiti, versatil dan pengalaman pemanduan.

Katanya, kereta baharu ini dicipta dengan memberi penjimatan minyak yang membolehkan pemandu melakukan perjalanan sehingga 21.6 kilometer/ liter selain menawarkan ruang yang lebih luas.

Jelasnya, Axia turut dilengkapi dengan ciri-ciri unik Malaysia selain boleh memuatkan empat bagasi mengembara di ruang kargo yang mempunyai kapasiti muatan 260 liter.

Beliau melanjutkan kenyataannya yang disiarkan oleh UTUSAN Online bahawa pihaknya percaya bahawa Perodua Axia akan memberi persaingan sengit di peringkat serantau, selain namanya yang tepat diambil bersempena Asia dan mewakili Asia.

Akhirnya beliau menerangkan tentang perkataan X pada Axia juga merujuk kepada nombor 10 iaitu mewakili model kesepuluh Perodua setakat ini," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri majlis uji pandu media Perodua Axia di sini hari ini.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...