15.3.15

Dua pesawat pasukan Jupiter dari Indonesia terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena Lima'15


Berita terbaru yang agak mengejutkan massa ialah tentang dua pesawat pasukan Jupiter dari Indonesia terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) di sini, sebentar tadi seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online.

Laporan lanjut adalah ;

* bagaimanapun nasib dua juruterbang masih belum diketahui.

* Lima'15 berlangsung di sini dari 17 hingga 21 Mac dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

* Lima'15 akan menampilkan lima pasukan aerobatik masing-masing dari Emiriyah Arab Bersatu, Singapura, China, Indonesia dan Malaysia.

* pada pameran itu juga pengunjung berpeluang menyaksikan kehadiran pesawat pengebom (USAF) B52 Tentera Udara Amerika Syarikat yang berpangkalan di Guam, sebuah pulau di Lautan Pasifik.

(LANGKAWI - Ahad, 15 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...