19.3.15

Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini

SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memaklumkan perkara ini seperti berikut ;

* ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.

* penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini, iaitu kenaikan sebanyak RM1.50.

* kenaikan lebih tinggi dilihat di Pulau Pinang dengan caj perjalanan sejauh 10 kilometer menggunakan Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80.

* sedang mempertimbang untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

(KUALA LUMPUR - Khamis, 19 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...