28.3.15

Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum ALLAH yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria

Harussani Zakaria

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskannya seperti berikut ;

*  umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

* Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum ALLAH itu, dia akan menerima bencana daripada ALLAH SWT.

* Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib

* umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.

* Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

* Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum ALLAH

(Ipoh - Sabtu, 28 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...