11.9.15

Iriz Harapan Baharu Proton

 
Model Iriz menampakkan kesungguhan Proton untuk menghasilkan kereta berkualiti.

Khamis, 13 November 2014

JIKA sebelum ini kualiti kereta keluaran Proton ada kalanya diragui, tetapi kemunculan ahli baharunya, Iriz membawa syarikat pembuat kereta nasional itu selangkah ke hadapan.

Kini, model Iriz menampakkan kesungguhan Proton mahu menghasilkan kereta yang berkualiti. Malah, jika dikira dari segi peletakan harga, ia diangkat sebagai model pesaing kepada Perodua Myvi, keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Setakat ini, Proton menerima sebanyak 30,000 tempahan untuk model Iriz.

Model iriz didatangkan dengan dua spesifikasi enjin.




Iriz dikuasakan dengan enjin baharu yang dibangunkan Proton, Teknologi VVT dengan tawaran dua spesifikasi enjin, 1.3L dan 1.6L.

Ia merangkumi varian Standard dan Eksekutif untuk 1.3L dan Eksekutif, dan Premium untuk 1.6L, sama ada transmisi automatik atau manual.

Sewaktu sesi pandu uji dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan kembali, dengan enjin 1.6L, kawalannya cukup selesa dan menyakinkan walaupun bersaiz kompak.

Ia mungkin dibantu melalui pemasangan teknologi yang tidak pernah ada pada model-model Proton yang lain sebelum ini iaitu kuasa stereng elektrik (EPS), selain disertakan sekali sistem brek antikekunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Paparan skrin LCD untuk varian 1.6L. Kereta ini juga mendapat penarafan keselamatan lima bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) ASEAN, sekali gus menaikkan lagi nilai tambah Iriz.



Antara kelebihan yang terdapat pada varian 1.6L ialah seperti keyless entry, butang penghidup enjin, cermin sisi automatik, lampu siang (DRL), kemudahan WiFi 4G, sistem audio yang lebih baik dan enam beg udara.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang mungkin boleh dipertingkatkan oleh Proton pada masa akan datang untuk memantapkan kualiti Iriz.

Penulis menyedari bunyi kitaran enjinnya sedikit kuat tetapi bunyi tersebut hanya dikesan jika memandu laju menghampiri 140 kilometer sejam.




Namun, masalah itu tidaklah menjejaskan keseluruhan pemanduan.

Ruang bonet yang luas. Iriz dilancarkan oleh secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September lalu.

Spesifikasi Proton Iriz

Premium Enjin: 1.597cc, 4-inline, Teknologi VVT

Kuasa Maksimum: 107 bhp pada 5,750 rpm Kuasa

Tork: 150Nm pada 4,000rpm

Transmisi: Transmisi berubah-ubah berterusan

Ciri-ciri: enam beg udara, sistem ABS, kuasa stereng elektrik (EPS), sistem brek antikekunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kamera undur, sistem penentu kedudukan global (GPS), Wifi, Bluetooh, rim aloi 15 inci.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...