19.9.15

Kualiti udara pulih, hanya Langkawi IPU tak sihat


Gambar hiasan.

19 SEPTEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Keadaan kualiti udara negara yang dilanda jerebu hampir pulih apabila hanya kawasan Langkawi, Kedah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Langkawi mencatat bacaan IPU 101 pagi ini manakala 50 kawasan lain mencatat IPU sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jerebu teruk melanda negara sejak minggu lalu dipercayai akibat pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan sekolah di beberapa negeri ditutup pada Selasa lepas dan beberapa jadual penerbangan oleh syarikat penerbangan dijadualkan semula. - Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...