26.10.15

Takiyuddin setuju angkat sumpah kerahsiaan


Datuk Takiyuddin Hassan

26 OKTOBER 2015

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu dilantik bersetuju dengan cadangan agar semua anggotanya mengangkat sumpah simpan rahsia.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia bagi memastikan kesemua maklumat dalam jawatankuasa itu kekal rahsia.

"Saya setuju ahli PAC angkat sumpah tapi bukan bermakna ahli jawatankuasa langsung tidak boleh bercakap," katanya di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Khamis lepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan ahli PAC mengangkat sumpah simpan rahsia bagi memastikan kerahsiaan maklumat dan dokumen siasatan jawatankuasa itu sentiasa terpelihara.

Jawatankuasa Pemilihan hari ini bersetuju melantik lima ahli Parlimen bagi menganggotai jawatankuasa PAC yang dipengerusikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin.

Pas melantik Takiyuddin sebagai wakilnya dalam PAC bagi menggantikan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lalu.

Selain Takiyuddin, empat Ahli Parlimen BN turut dilantik sebagai ahli baharu PAC iaitu Datuk Marcus Mojigoh (Putatan), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi) dan Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah).

Mengulas cadangan itu, Nawawi berpendapat ahli PAC tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Jika ada kenyataan apa-apa biar pengerusi yang bertanggungjawab sahaja mengulasnya," katanya.

Ahmad Hamzah pula berkata cadangan angkat sumpah itu membolehkan ahlinya untuk meningkatkan integriti diri masing-masing. - Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...