6.6.17

Harga minyak naik melambung susulan krisis Qatar

 
Qatar pula merupakan pembekal terbesar gas asli cecair (LNG) dan penjual utama bahan hasil pemeluwapan dan produk penapisan yang berasal daripada gas asli. - Gambar hiasan


Agensi | Jun 05, 2017 17:53 MYT 

SINGAPURA: Harga minyak melambung naik susulan tindakan lima negara, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Bahrain, Yaman dan terbaharu, Libya, memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Langkah drastik itu diambil negara Asia Barat berkenaan atas dakwaan negara Teluk Arab itu menyokong keganasan, terutamanya sokongan Qatar terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang merupakan pergerakan ekstremis Islam tertua di dunia.
Arab Saudi ialah pengeksport terbesar minyak mentah dunia. Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga merupakan pengeksport minyak utama.

Qatar pula merupakan pembekal terbesar gas asli cecair (LNG) dan penjual utama bahan hasil pemeluwapan, sejenis bahan api cecair ketumpatan rendah dan produk penapisan yang berasal daripada gas asli.

Paras penunjuk global Brent naik 1.1 peratus kepada AS$50.48 satu tong. Harga minyak Amerika Syarikat juga naik satu peratus kepada AS$48.17.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...