6.6.17

Tiga negara putuskan hubungan dengan Qatar


 
Reuters

ARAB Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan dengan Qatar mendakwa negara itu menyokong keganasan, terutama terhadap Muslim Brotherhood serta menyokong agenda Iran.

Tiga negara Teluk itu juga mengumumkan pemberhentian pengangkutan, termasuk penerbangan dengan Qatar dan memberi tempoh dua minggu kepada rakyat Qatar untuk pulang.

Qatar juga dikeluarkan daripada pakatan diketuai Arab Saudi memerangi pengganas di Yaman.

Tindakan kali ini lebih drastik berbanding pertelingkahan lapan bulan pada 2014 dengan Arab Saudi, Bahrain dan UAE memanggil pulang duta masing-masing dari Doha. Ketika itu, perjalanan rakyat Qatar tidak disekat.

Dalam kenyataan melalui agensi berita milik kerajaan Arab Saudi, syarikat minyak gergasi negara itu, SPA, menuduh Qatar menyokong kumpulan militan dan menyebarkan ideologi ganas - merujuk kepada stesen televisyen Qatar, al Jazeera.

"(Qatar) menyokong pelbagai kumpulan pengganas dan pertubuhan bertujuan menjejaskan kestabilan rantau Arab, termasuk Muslim Brotherhood, ISIS (Negara Islam) dan al-Qaeda serta menggalakkan agenda kumpulan terbabit melalui medianya,” kata SPA.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...