23.4.15

Pencarum KWSP boleh mengekalkan hak untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara ini seperti berikut ;

* sebarang perubahan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. 

* Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun

* keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari

* Ia adalah perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 5 Mei 2015

* Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun, mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun

(KUALA LUMPUR - Khamis, 23 April 2015 - sumber berita) 

1 comment:

Fyda Noh said...

Kalau boleh lagi awal lagi bagus...

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...