8.9.15

Beri peluang pihak lain memerintah


Kongres Rakyat

WARTAWAN SINAR HARIAN
8 SEPTEMBER 2015

KUALA LUMPUR - “Dunia tidak akan berakhir sekiranya kerajaan yang memerintah Malaysia pada hari ini ditukar,” demikian kata Ahli Jawatankuasa Kongres Rakyat, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya berundur dan memberi peluang kepada pihak lain untuk memerintah negara ini sekiranya tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat.

“Ini adalah sistem yang bertamadun... kita tidak boleh amalkan pemerintahan kuku besi sama seperti yang dilakukan oleh penjajah di negara ini suatu ketika dahulu.

“Beri peluang kepada pihak lain untuk memerintah dan jika pihak berkenaan tidak mampu, kita tukar kerajaan lain,” katanya.

Katanya, kuasa memerintah yang diberikan oleh rakyat adalah untuk menjalankan amanah dan bukan hak mutlak.

“Jangan bila rakyat bersuara untuk tukar kerajaan mereka dilabel sebagai anti kerajaan... ini tidak betul.

“Kalau kita ada sistem bila bersuara itu menentang, saya rasa masa depan kita gelap,” katanya.

Justeru, beliau berkata, disebabkan rasa cintakan negara, Kongres Rakyat diadakan buat pertama kali untuk membincangkan mengenai cadangan penambahbaikan kepada kerajaan.

“Kerana mengambil berat akan masa depan negara kita adakan kongres untuk membina negara lebih baik. Ini baru dinamakan patriotik,” katanya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...