8.9.15

SsangYong pun ada sesuatu untuk pameran kereta Frankfurt


Astro Publication |  September 04, 2015

Masihkah anda ingat lagi SsangYong? Jika tidak, jangan rasa bersalah, ramai lagi sebegitu (macam penulis sendiri). Walaupun syarikat ini adalah pengeluar automotif paling tua daripada Korea (dimulakan pada 1954) dan ‘pakar’ 4x4 serta SUV, produk-produknya kurang menjadi dan tenggelam berbanding pesaing-pesaing yang lebih popular.

Namun, pameran kereta adalah tempat yang paling sesuai untuk membuktikan kepada semua bahawa mereka masih releven. Di Frankfurt nanti sebagai contoh, SsangYong akan menayangkan sepasang kenderaan konsep yang dibina atas platform model Tivoli yang baru memasuki pasaran dunia pada awal tahun ini.

Kedua-dua konsep ini adalah XLV-Air dan XAV- Adventure. Di samping itu, model Tivoli juga akan dikembangkan dengan pertambahan varian diesel.

Namanya membawa maksud eXciting smart Lifestyle Vehicle dan adalah model pra-produksi Tivoli dipanjangkan yang akan dilancarkan tahun hadapan. Sebagai SUV pelbagai guna ia menawarkan ruang bagasi tambahan dan dengan pilihan enjin-enjin 1.6-liter petrol ataupun 1.6-liter diesel. Kotak gear pula adalah sama ada automatik 6-kelajuan ataupun manual. Pacuan juga boleh dipilih antara roda hadapan ataupun semua roda.

XAV-Adventure


Konsep ini pula adalah yang terbaharu daripada SsangYong bagi SUV. Ia adalah kesinambungan dan intepretasi semula rekaan model Korando. SUV kompak XAV-Adventure ini ditujukan untuk generasi muda yang aktif. Ia dikatakan menawarkan kemampuan ‘off-road’ dan juga kualiti pemanduan yang tinggi.

Tivoli Diesel

Tidak banyak yang didedahkan oleh syarikat mengenai enjin diesel 1.6-liter Euro 6 yang digunakan, cuma ia lebih cekap dan tidak bising. Seperti konsep XLV-Air, ada dua pilihan kotak gear dan juga pilihan antara pacuan dua roda ataupun kesemua roda.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...