3.9.15

Kongres Rakyat bukan serpihan Bersih 4.0


Azmi Abdul Hamid

‎KUALA LUMPUR - Kongres Rakyat yang bakal diadakan pada 12 September depan bukan serpihan daripada perhimpunan Bersih 4.0, kata Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid.

‎Beliau berkata, program itu disusun sebelum Bersih 4.0 memutuskan tarikh perhimpunannya.

“Ini program nasional, bukan serpihan mana-mana usaha (termasuk Bersih). Ini usaha sendiri daripada gabungan pelbagai NGO (badan bukan kerajaan).

‎“Setakat ini 150 NGO daripada pelbagai kaum dan latar belakang sahkan penyertaan,” katanya pada sidang media, semalam.

‎Menurut beliau, matlamat program adalah untuk memberi ruang kepada rakyat biasa mengemukakan usul dan berbahas mengenai masalah rakyat seperti kos sara hidup, politik, sosial dan lain-lain.

‎Kongres yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam itu akan berjalan seperti persidangan Dewan Rakyat yang mana akan dikendalikan oleh seorang speaker, iaitu Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Timbalan Pengerusi I Kongres Rakyat.

‎Menurutnya, pihaknya menyasarkan penyertaan 200 NGO dengan kehadiran 2,500 perwakilan serta pemerhati.

‎“Sambutan setakat ini begitu baik, kita percaya sasaran untuk penyertaan 200 NGO akan tercapai,” katanya.

‎Katanya, kongres itu adalah untuk semua golongan rakyat tidak kira ahli politik, ahli profesional, cendekiawan, nelayan, petani atau buruh binaan.

‎Melihat kepada penglibatan Pas secara langsung dalam kongres ini, ramai yang bertanyakan sama ada Parti Pekerja Malaysia yang dulu dikenali Harapan Baru turut dijemput atau tidak.

‎“Tiada halangan untuk siapa sertai, tidak kiralah Harapan Baru atau orang Langkawi yang nak saman (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) pun kita jemput. Mungkin ini boleh jadi pentas untuk mereka bersuara dan dibahaskan,” kata Azmi.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...