16.9.15

Lebih 1,000 pesara kerajaan kembali bekerja


Datuk Seri Shahidan Kassim

7 APRIL 2015


KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,026 orang pesara kerajaan daripada 2,237 yang mendaftar sebagai pencari pekerjaan di laman web 'JobsMalaysia' sehingga Disember 2014, telah kembali bekerja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata daripada 1,026 itu, 72 pesara menjawat jawatan dalam kumpulan pengurusan dan
profesional, 224 dalam kumpulan pengurusan pertengahan, 453 dalam kumpulan sokongan dan 277 yang lain tidak dikenal pasti kumpulan jawatan yang diisi.

"Statistik yang direkod mencatatkan 75.8 peratus adalah terdiri dalam kalangan pesara lelaki manakala 24.2 peratus adalah pesara wanita", katanya dalam jawapan bertulis kepada Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Chee Keong meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan statistik pesara yang kembali ke sektor pekerjaan mengikut pecahan jantina, kaum, negeri dan jenis industri.

Shahidan berkata, Melaka merupakan negeri tertinggi mempunyai pesara yang kembali bekerja diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. - Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...