Mengembara Ke Sebuah Negara Yang Tidak Ada Dalam Peta Dunia
SUDAH lama rasanya penulis tidak merantau dan menjelajah ke sebuah negara lain. Terasa bosan dan tidak bermaya minda, sekiranya sekali sekala tidak menyusur, berjalan dan mencari pengalaman di negara orang.
Pada penulis, berkelana itu adalah suatu hobi yang amat penulis gemari. Berkelana memberikan peluang untuk seseorang individu itu mengalami dengan sendirinya akan keunikan sesebuah negara, mengenali budayanya, adat resamnya dan juga tatasusila serta sosio budaya masyarakat negara yang dikunjungi.
Penulis lebih gemarkan destinasi yang eksotik, luar dari lingkungan normaliti ataupun 'off the beaten track” dari apa yang menjadi kegemaran pelancong konvensional.
Kurdistan merupakan kawasan berlembah dan berbukit.