Showing posts with label Artikel Ilmuan Islam. Show all posts
Showing posts with label Artikel Ilmuan Islam. Show all posts

27.7.14

Sambut Raya Cara Rasulullah SAW


1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

13.5.14

Ibadah sunat Rejab latihan hadapi Ramadan

2014/05/12 - 03:45:29 AM Zamanuddin Jusoh
Amalan untuk dapat keredaan Tuhan jana kekuatan iman

Kita sedang memasuki fasa kedua bulan Rejab yang menjadi perbualan mengenai kelebihan dan fadilat yang dijanjikan Allah SWT. Ini disebabkan sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan bulan ini dengan amalan khusus dengan mengharapkan fadilat tertentu.

24.3.14

Bawaan Hedonisme Dan Rosaknya Jatidiri



Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam.

23.3.14

MH370, terdapat panduan al-Quran yang diabaikan


Ibrah MH370
Oleh DR. ARIEFF SALLEH ROSMAN

ALLAH SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa, menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan baginda berperanan menjelaskan petunjuk yang terkandung dalam al-Quran. Manusia yang hidup berpandukan al-Quran dan as-sunnah Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. (rujuk al-Isra': 97)