22.12.12

Inovasi pembuatan kuih pau

Mesin kuih pau





KUIH pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dengan inti di dalamnya.

Kuih tersebut terdapat dalam pelbagai perisa iaitu seperti perisa kacang hitam, kacang merah, daging, ayam, sambal bilis, kaya dan sebagainya. Kebiasaannya, setitik pewarna akan diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut.

Kuih pau sedap dimakan semasa panas kerana keran lebih sedap dan lembut.

Untuk menghasilkan kuih pau ini, teknik adunan tepung dan bancuhan perlu betul. Bahan utama dalam pembuatan kuih pau ini ialah tepung gandum.

Kuih pau merupakan salah satu makanan atau kuih yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan para pelancong yang hadir juga turut menyukainya.

Pelbagai aneka perisa yang dihasilkan mempunyai keenakan dan keunikannya tersendiri.

Tambahan pula, kuih tersebut juga telah diletakkan di setiap kawasan hentian rehat dan ini memudahkan pelanggan dan penggemar kuih pau untuk menikmatinya.

Penghasilan kuih pau ini memerlukan kemahiran dan pengalaman agar pau yang terhasil lebih sedap dan berkualiti.

Namun kini, ramai yang sudah pandai menghasilkan kuih pau yang sedap dan berkualiti.

Permintaan ke atas kuih pau ini juga turut meningkat di samping ramai pengusaha yang telah menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan kuih ini.

Oleh itu, pada siri inovasi kali ini ditampilkan mesin kuih pau. Mesin yang dihasilkan ini bertujuan untuk membantu para pengusaha dalam menjimatkan masa pembuatan kuih pau tersebut.

Mesin ini telah dicipta oleh Zull Design Autotronic (ZDA) khas kepada para pelanggannya.

ZDA menghasilkan mesin tersebut di atas permintaan pelanggan yang meminta kami membuat satu mesin khas untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penghasilan kuih pau.

Mesin kuih pau yang dihasilkan ini adalah mengikut spesifikasi pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan ZDA berusaha menepati kehendak mereka.

Terdapat beberapa masalah yang mungkin boleh timbul tanpa bantuan mesin ini.

Antaranya ialah proses penghasilan kuih pau yang lebih lambat dan hasil doh pau yang tidak sekata.

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini.

Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan kuih pau dan memudahkan proses membentuk kuih pau tersebut.

Antara kelebihan yang ada pada mesin tersebut ialah dapat memendekkan tempoh masa proses penghasilan kuih pau berbanding proses manual, menjimatkan masa, kos dan tenaga pekerja.

Mesin tersebut mudah dikendalikan, penghasilan doh pau yang mempunyai ketebalan yang sekata dan mempunyai alat ganti mesin yang mudah didapati di pasaran.

Seperti yang diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan bergantung kepada pengguna.

ZDA hanya akan menghasilkan mesin tersebut bergantung kepada spesifikasi yang dikehendaki pengguna selepas perbincangan diadakan.

Oleh yang demikian, pengguna yang menempah mesin yang diperlukan dinasihatkan mengikut modal atau kemampuan mereka

Pada masa sama, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9.00 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan email mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121210/st_03/Mesin-kuih-pau#ixzz2Fjzu0BDt

2 comments:

Anonymous said...

Hi, I do believe this is an excellent blog. I stumbledupon it ;) I
may revisit yet again since I saved as a favorite it.

Money and freedom is the greatest way to change, may you be rich and continue
to guide other people.

My web blog cellulite treatment

Alan Curtis said...

Saya ingin berkongsi dengan anda semua di sini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Encik Benjamin yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak 400,000.00 Euro untuk memperbaiki perniagaan saya. Ia mudah dan cepat apabila saya memohon pinjaman apabila keadaan semakin kasar dengan perniagaan saya. Benjamin memberi pinjaman saya tanpa berlengah-lengah. di sini adalah e-mel Benjamin / e-mel kenalan: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com.

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...